Kerja Sosial diiktiraf perkhidmatan profesional

PUTRAJAYA: Perkhidmatan kerja sosial akan diangkat sebagai perkhidmatan profesional di bawah Pelan Strategik Kementerian Kementerian Pembangunan anita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2021-2025, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata, KPWKM turut menggubal Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial bagi tujuan mempunyai tenaga kerja yang komited dan profesional dan mewujudkan tadbir urus yang baik dalam bidang kerja sosial.

“Profesion kerja sosial menjadi amat signifikan bagi memenuhi keperluan klien yang semakin kompleks dan dinamik lebih-lebih lagi dalam era cabaran baharu yang dibawa oleh kemajuan teknologi khususnya teknologi digital dan juga kesan pandemik Covid-19 yang melanda dunia,” katanya.

Rina berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Simposium Kebangsaan Kerja Sosial 2021 yang berlangsung secara maya, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak