Kes positif Covid-19 meningkat 749 kes dengan dua kematian

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak semakin meningkat dengan sejumlah 749 kes baharu direkodkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daerah Kuching menyumbang jumlah tertinggi iaitu 149 kes yang dikesan mempunyai kontak dengan kes positif sebelum ini (95 peratus) hasil pergerakan semasa Hari Raya lalu.

“Sibu melaporkan 125 kes, Miri (93), Mukah (79), Kanowit (49), Bintulu (48), Belaga (37), Sri Aman (24), Samarahan (21), Kapit (20), Selangau (16), Serian (11) dan Betong (11).

“Manakala, Sebauh (10), Pakan (10), Subis (10), Tatau (7), Beluru (5), Asajaya (5), Bau (3), Pusa (3), Bukit Mabong (2), Saratok (2), Julau (2), Daro (2), Sarikei (1), Dalat (1), Lundu (1), Song (1) dan Meradong (1), menjadikan jumlah keseluruhan 41,620 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah JPBNS, sebanyak dua kematian baharu direkodkan di Hospital Miri menjadikan sejumlah 249 korban Covid-19 di Sarawak.

“Kematian ke-248 melibatkan wanita warga emas berusia 75 tahun dan seterusnya lelaki berumur 77 tahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, JPBNS memberitahu tiada kluster baharu dicatatkan hari ini dan jumlah kluster aktif sebanyak 80.

“Sejumlah 13 kluster merekodkan 52 kes positif baharu, manakala 67 kluster tiada kes,” ujarnya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak