Kubah Ria tutup sementara

KUCHING: Kompleks Kubah Ria di Petra Jaya ditutup sementara waktu pada 29 Mei (Sabtu) ini bagi tujuan kerja sanitasi dan pembersihan.

Menurut Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC Sarawak) dalam satu kenyataan, kompleks ini dibuka semula 30 Mei (Ahad) dan waktu perniagaan disambung semula seperti biasa.

“Penutupan operasi ini buat sementara waktu bertujuan memudahkan kerja pembersihan sebagai langkah pencegahan Covid-19.

“Diharap agar masyarakat sedia maklum dan memahami keputusan ini susulan situasi yang mencabar yang kita hadapi saat ini,” ujar kenyataan itu semalam.

Pengurus Besar SEDC, Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir berkata, kerja sanitasi dan pembersihan diperlukan demi memastikan kebersihan, kesihatan dan keselamatan pengusaha, pekerja dan pelanggan di kompleks tersebut.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak