Lelaki ditemui mati di sebuah pencawang, dipercayai terkena renjatan elektrik

KUCHING: Mayat seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditemui di sebuah pencawang elektrik tepi jalan berhampiran Kampung Muara Tebas, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani ketika dihubungi Suara Sarawak mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 10.51 malam.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati simati dipercayai maut di tempat kejadian akibat terkena renjatan elektrik.

“Mangsa yang ditemui di dalam peti pencawang elektrik disahkan telah meninggal dunia.

“Mayatnya kini telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, tindakan mengeluarkan mangsa dilakukan setelah bekalan elektrik pencawang terbabit diputuskan oleh pihak SESCO SDN BHD.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak