Lima individu dikompaun langgar SOP

KUCHING: Empat lelaki dan seorang wanita warganegara tempatan lingkungan umur 23 – 50 tahun dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuching malam Khamis lalu.

Kompaun dikeluarkan Ketika serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Siasataan Jenayah IPD Kuching ke atas sebuah bistro di Jalan Song, Tabuan Jaya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) PKPB iaitu tidak mematuhi Arahan SOP yang dikeluarkan iaitu (Restoran, kedai makan, Bistro, Cafe, Gerai makanan dan minuman tidak dibenarkan beroperasi secara dine-in).

“Lima individu yang dikompaun tersebut termasuk pemilik bistro iaitu seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun.

“Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Ibu Pejabat Daerah, Kuching untuk tujuan kompaun,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Merbin, pemilik premis dan masyarakat dinasihatkan agar sentiasa patuh dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

“Kita bersama penguatkuasa agensi lain sentiasa menjalankan amanah dan penguatkuasaan mengawal dan mencegah penularan wabak Covid-19.

“Oleh itu, saya berharap orang awam turut memainkan peranan mereka bagi memutuskan rangkaian penularan Covid-19,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak