Lima lagi kawasan diletakkan di bawah PKPD di Bintulu dan Samarahan

KUCHING: Lima lagi kawasan penempatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bintulu dan Samarahan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata bagi Rumah Joseph Rungkai, Batu 8, Jalan Maskat, Labang, Sebauh, Rumah Bennat Jumat Ujan, Sungai Kelawit, Tatau dan Sungai Plan, Bintulu , PKPD dikenakan bermula 21 Mei hingga 3 Jun ini.

“Bagi kawasan kampung di Samarahan iaitu Kampung Tanjung Bundong Tradisi dan Kampung Tanjung Bundong Fasa 1 dan 2, PKPD dikenakan bermula 24 Mei hingga 6 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, JPBN turut mendedahkan penamatan PKPD di 16 buah penempatan.

“Pada 20 Mei lalu, PKPD di Blok D, Flat Taman Li Hua, Bintulu, Blok G, Flat Sungai Plan, Bintulu dan Rumah Matthew Selutan, Sungai Sarau, Jalan Sebauh-Pandan telah ditamatkan.

“Manakala pada hari ini, sebanyak 10 penempatan telah ditamatkan PKPD iaitu Kawasan Pembinaan Hidroelektrik Balleh Putai, Kapit, Rumah Empeni Budom, Lubok Putan, Sungai Meradong, Sarikei,
Rumah Empin, Skim B, Bintangor, Meradong, Rumah Elly Kerangan Langgir Wak, Pakan, Rumah Jangi Jambai, KM1 Jalan Ulu Sebauh, Bintulu dan Kuarters Pekerja Samling Reforestation, Dg Mas, Samarakan, Bintulu.

“Selain itu, Rumah Musa Asit, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu, Rumah Gerena Pi, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu, Blok Q, Flat Sg Plan, Bintulu, Rumah Jeli Gaun, Sungai Muput, Tatau serta Rumah Sulu Jambai, Sungai Senga, Pandan Sebauh,” jelasnya.

Dua buah lagi rumah panjang di Pakan akan menamatkan PKPD pada 24 Mei iaitu Rumah Abi, Ulu Amut dan Rumah Gandai, Tubai Buah, Pakan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak