Lima rumah panjang dikenakan PKPD bermula esok

KUCHING: Lima buah rumah panjang di Mukah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula esok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, lima buah rumah panjang itu termasuk Rumah Panjang Luni Jugah, Rumah Panjang Jali Empaling, Rumah Panjang Lanyau Tuli, Rumah Panjang Manna Mulok, dan Rumah Panjang Nelson Chuat Glong.

“Pelaksanaan PKPD di kelima-lima buah rumah panjang ini berkuat kuasa bermula 3 hingga 16 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, JPBN memaklumkan PKPD di Rumah Juni Ulu Pedanum, Pakan dilanjutkan bermula 1 hingga 7 Mei ini.

JPBN turut mendedahkan PKPD di Rumah Terrance Tarang, Ng Selaut Lli, Julau turut dilanjutkan bermula hari ini hingga 15 Mei.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak