Maksimum 12 orang boleh memasuki rumah ibadat bukan Islam

KUCHING: Rumah ibadat bukan Islam di Sarawak hanya boleh dibuka untuk kru siaran langsung atau ahli jawatankuasa dengan kehadiran maksimum 12 orang.

Ia merupakan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), hari ini.

Menurut SOP tersebut, pejabat pentadbiran dibenarkan dibuka namun hanya dengan kehadiran 30 peratus kakitangan.

Dalam masa yang sama, perkahwinan turut dibenarkan tetapi maksimum kehadiran hanya 12 orang dan bergantung kepada saiz rumah ibadat dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Sementara aktiviti lain seperti mesyuarat, seminar, kursus, aktiviti kebudayaan dan lain-lain tidak dibenarkan.

Dalam masa masa yang sama, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun serta individu mempunyai gejala batuk, demam, sakit tekak dan sukar bernafas tidak dibenarkan memasuki rumah ibadat.

Manakala warga emas dan individu mempunyai penyakit kronik tidak digalakkan.

Walau bagaimanapun, rumah ibadat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan dibuka.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak