Malaysia Airlines jalin kerjasama tingkatkan keupayaan operasi dan komersial

KUCHING: Malaysia Airlines telah menjalinkan kerjasama dengan ReveMax untuk melaksanakan ‘Airline Revenue Maximization Solution (ARMS)’ untuk memperkukuhkan proses membuat keputusan perniagaan dan komersial syarikat penerbangan itu.

Perkongsian itu membolehkan ReveMaX menyediakan penyelesaian ARMS yang inovatif, platform sokongan keputusan strategik, dan gambaran lengkap dan komprehensif mengenai ekosistem pendapatan serta kos syarikat penerbangan.

”Sistem ini juga membolehkan kakitangan syarikat penerbangan nasional ini melihat pandangan yang telus, lengkap dan keseluruhan perkembangan harian Malaysia Airlines dan membuat keputusan berkaitan hasil dengan segera berdasarkan data dilengkapi fakta,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak