Manfaat kesihatan Kimchi

PENGUSAHA kimchi tempatan Siti Hajar Ahmat sering berkongsi manfaat dan khasiat kimchi di laman sesawang.

“Kimchi sangat terkenal kerana makanan itu dipercayai mampu meningkatkan sistem imunisasi.”jelasnya.

Menurut fakta, kimchi bukan sahaja meningkatkan sistem imunisasi, tetapi melambat proses penuaan serta mengekalkan kesihatan mata.

Menariknya, kimchi mampu mengurangkan keradangan yang dialami serta mencegah jangkitan bakteria yang menyebabkan kegatalan.

Oleh itu, kimchi semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk Sarawak kerana khasiat dan manfaat kesihatan. Malah, sudah menjadi trend terutama dalam kalangan anak muda terutama peminat hiburan K-pop.

“Sejak awal PKP, ramai mencari kimchi sehingga tidak menang tangan menerima tempahan orang ramai.” ujarnya.

Ini kerana kimchi dipercayai dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan lebihlebih semasa musim Covid-19.

Siti Hajar terpaksa mengehadkan tempahan kimchi kerana tempahan makanan itu luar biasa.

Berkhasiat

“Selain mempunyai rasa yang sedap, kimchi juga dapat menjadi makanan berkhasiat,” ujarnya.

Tahukah anda kimchi mampu melancarkan proses pencernaan.

Tidak menghairankan kimchi dijadikan pelengkap makanan oleh masyarakat Korea disebabkan manfaat dan khasiat untuk kesihatan.

Anda disaran mengambil kimchi secara rutin untuk mendapatkan hasil maksimum serta mengembalikan keseimbangan mikro di dalam usus.

Manfaat Seperti Yogurt

Menurut Siti Hajar, kimchi sangat masam jika mengikut resipi asli Korea kerana terlalu lama diperap.

Namun, di sebalik proses tersebut, terdapat bakteria asid dipanggil Lactobacillus yang dikatakan mempunyai manfaat seperti yogurt yang mampu mengawal berat badan.

Bagi yang berminat, sila tempah kimchi di Shopee atau hubungi Facebook Siti Hajar Ahmat.

Selain kimchi, Siti Hajar turut menghasilkan sambal goreng kimchi dan kimchi asam pedas.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak