Marudi sertai empat daerah lain kembali hijau

KUCHING: Daerah berstatus hijau di Sarawak meningkat kepada lima daerah hari ini setelah Daerah Marudi telah kembali ke status hijau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan di Daerah Marudi dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Jawatankuasa itu memberitahu, Daerah Julau telah kembali ke status kuning daripada status jingga selepas merekodkan hanya 17 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga menurun kepada satu daerah dan daerah berstatus kuning sebanyak lapan daerah.

“Manakala, 26 daerah kekal berstatus merah,” kata JPBN dalam satu kenyataan.

Sementara itu, JPBN turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pakan iaitu Rumah Luyoh, Dendang Wak (16 Mei hingga 1 Jun 2021) dan Rumah Sat, Ulu Kakup (17 Mei hingga 2 Jun 2021).

JPBN turut memaklumkan PKPD ditamatkan di empat rumah panjang pada 17 Mei iaitu Rumah Asin/ Rumah Bidu, Pakan, Rumah Empeni anak Budom, Lubok Putan, Meradong, Rumah Nawing, Sg Rian Meradong dan Rumah Jembu anak Ensor di Betong.

Manakala PKPD dilanjutkan di Rumah Setia, Ulu Minus, Sarikei (18 hingga 19 Mei 2021), Rumah Dinggai, Sg Amut Atas, Lubok Pisang, Pakan (20 hingga 26 Mei 2021) dan Rumah Rapit, Sg Kuap, Nyelong, Sarikei (19 hingga 21 Mei 2021).


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak