Masih ada waktu untuk perbaiki prestasi

PENYERANG pasukan kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, sedia membuktikan dirinya masih berbisa dan diperlukan dalam pasukan, setelah mengharungi detik-detik mencabar sebelum ini.

Pemain berusia 25 tahun itu yang jarang mendapat minit beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), selain kehilangan anaknya Muhammad Aisy Saqeef, berusia 22 hari dan ibu mertuanya dalam kemalangan ngeri Disember lepas, bertekad untuk kembali sebagai penjaring berbisa skuad Harimau Malaya.

Diturunkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika skuad negara tewas 1-4 kepada Kuwait pada Ahad lalu, Muhammad Syafiq turut mengakui tempoh 45 minit itu belum cukup untuknya mendapatkan kembali rentak, selepas hampir 18 bulan tidak beraksi sebagai satu pasukan.

Namun, beliau yakin masih mempunyai masa untuk memperbaiki dirinya dan prestasi keseluruhan pasukan, menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, apabila skuad Harimau Malaya berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak