Patuhi PKP untuk keselamatan semua

SARIKEI: Penduduk Sarikei dinasihatkan agar kekal tenang dan tidak panik dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak semalam.

Adun Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, penduduk perlu mematuhi sepenuhnya arahan itu demi memutuskan rangkaian Covid-19.

Katanya, setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama berganding bahu membendung penularan jangkitan wabak berkenaan.

“Malah, matlamat memutuskan rantaian penularan wabak hanya mampu dicapai sekiranya orang ramai terus memberikan kerjasama.

“Tanggungjawab itu bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata sebaliknya, kepatuhan tinggi semua pihak juga memainkan peranan penting,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak