PDRM adakan ‘Op Rentas’ pantau pematuhan SOP dan SJR rentas zon

BERMULA 10 Mei lalu hingga 16 Mei ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak mengadakan operasi yang dikenali sebagai ‘Op Rentas.’

Operasi ini dijalankan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 13 Mei ini (esok). Ia melibatkan seramai 780 orang pegawai dan anggota PDRM di semua daerah di Sarawak.

Kesemua mereka akan terlibat bagi menentukan keselamatan pengguna jalan raya pada musim perayaan ini dan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dipatuhi.

Pada masa sama, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak telah mengatur gerak petugas trafik di lapangan bagi membuat pemantauan dan pengawalan lalu lintas dengan konsep penguatkuasaan penuh, Show of Force, perkhidmatan dan advokasi kepada masyarakat.

Selain itu, para pegawai dan anggota JSPT Sarawak juga akan membuat sekatan jalan raya (SJR) dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada individu yang merentas negeri dan merentas zon tanpa permit atau tanpa sebab yang dibenarkan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak