Pelaburan masa depan negeri adalah melalui pembangunan belianya

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Belia dan Sukan akan terus menyokong agenda pembangunan belia negara untuk menjadi pemimpin masa depan dan membina modal insan yang mapan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeriannya menyokong penuh ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Hari Belia Nasional 2021 iaitu kerajaan komited dalam meneruskan usaha untuk memperkasa belia yang merupakan aset penting negara.

“Kerajaan Sarawak mengambil berat tentang golongan belia kita kerana mereka adalah kunci masa depan yang lebih cerah.

“Sejarah silam telah menunjukkan bahawa negara yang berjaya didukung oleh pemimpin yang berwawasan serta mempercayai potensi golongan muda yang dinamik, inovatif dan berdaya maju,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebooknya, pada Ahad lalu.

Abdul Karim menambah, walaupun pandemik Covid-19 memberi pelbagai cabaran, namun Kerajaan Sarawak melalui MYSS tidak pernah putus asa dalam mendekati belia di negeri ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak