Penduduk Sibu turut diberikan peluang daftar untuk vaksin AstraZeneca

SIBU: Penduduk di sini turut tidak ketinggalan untuk menerima bekalan vaksin Covid-19 AstraZeneca (AZ).

Jaminan ini disuarakan oleh Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Tertutup Sibu, semalam.

Beliau berkata, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa pendaftaran untuk vaksin AZ ini terbuka kepada penduduk Kuching dan Miri yang akan bermula semalam.

“Peruntukan awal vaksin AZ ini adalah untuk Kuching dan Miri tetapi setelah itu pendaftarannya diperluaskan untuk semua rakyat Sarawak yang berusia 60 tahun ke atas bagi melihat sambutannya di seluruh Sarawak.

“Sebenarnya, saya secara peribadi telah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas malam tadi (semalam) mengenai perkara ini,” ujar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu.

Suara Sarawak