Pengiktirafan 15 tahun berturut-turut

KUCHING: Rakyat Sarawak harus bangga dengan pencapaian Kerajaan Sarawak menguruskan kewangan negeri.

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud berkata, penyata kewangan negeri sekali lagi diberi sijil telus (Clean Certificate) oleh Akauantan Negara selama 15 tahun berturut-turut.

“Pengiktirafan ini diberi berdasarkan amalan menguruskan kewangan telus dan penuh tanggungjawab. “Ekonomi Sarawak mempunyai per kapita RM4,000 sahaja dan melonjak lebih RM40,000 dengan 10 kali ganda,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri semalam.

Tambah Abdul Taib, Sarawak harus terus berusaha meningkatkan KDNKK yang kini RM121,814 dan pendapatan purata RM44,990 apabila paras kemiskinan dikurangkan daripada tiga peratus.

“Rakyat Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) mengikut amalan demokrasi sedia ada sejak Sarawak merdeka menerusi penubuhan Malaysia pada 1963.

“Bagaimanapun Sarawak masih lagi berdepan dengan penularan Covid-19,” jelasnya. Tegasnya, rakyat harus patuh kepada peraturan sedia ada dalam apa-apa jua keadaan demi kesihatan dan mengukuhkan kestabilan politik yang menjadi asas pembangunan sosioekonomi.

“Dengan kata lain kita mesti berusaha menumpukan perhatian dan menggembleng tenaga ke usaha pembangunan sosioekonomi untuk menaikkan usaha pencapaian ke tahap lebih tinggi.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mei 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak