Penjaja MPP digalakkan menggunakan platform digital

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menggalakkan penjaja di kawasan tanggungjawab mereka menggunakan platform digital untuk menjalankan perniagaan.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata, platform digital sangat penting untuk perniagaan khususnya ketika Covid-19 kini.

Menurutnya, beberapa bulan lalu penjaja berhadapan dengan masalah apabila mereka diarahkan menutup perniagaan sementara waktu.

“Melalui platform digital, ia akan memudahkan peniaga untuk menjual produk serta membuat penghantaran kepada pelanggan.

“Kita cuba menggalakkan semua peniaga di Kota Sentosa untuk menggunakan platform digital bagi memasarkan barangan jualan mereka,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Penjaja Sementara Kota Sentosa, di sini semalam.

Tambahnya, peniaga di pusat tersebut juga datang daripada pelbagai latar belakang termasuk ibu tunggal. “Pendapatan peniaga di sini juga bergantung kepada hasil jualan di pusat ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak