Perkeso sasar lindungi 200,000 OBS

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan untuk melindungi 200,000 pekerja aktif daripada kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS) menjelang akhir tahun ini.

Perkeso dalam satu kenyataan memaklumkan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) menyokong dan memperakui perancangan pertubuhan itu untuk meluaskan liputan perlindungan keselamatan sosial yang diberikan kepada pelbagai kumpulan OBS melalui inisiatif kolaborasi bersama beberapa pihak.

Kolaborasi itu termasuk dengan Kementerian Pengangkutan atau persatuan pekerja seperti Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia.

Pengiktirafan itu membolehkan Perkeso dengan sokongan Kementerian Kewangan menerusi pelbagai pakej rangsangan yang diperkenalkan merangka tiga program padanan caruman bagi perlindungan sosial ke atas golongan bekerja sendiri termasuk PenjanaGig, Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung dan SPS Prihatin Wanita.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak