Persiapan ke kejohanan Asia terganggu

RATU bina badan negara Philomena Dexclyn Siar mengakui penularan wabak covid-19 yang semakin meningkat mengganggu persiapannya ke Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Sukan Asia apabila pusat latihan gimnasium terpaksa ditutup.

Pemegang pingat perak Kejohanan Bina Badan Antarabangsa di Yangoon Myanmar itu berkata, begitu terkesan ekoran penutupan pusat latihan.

“Persediaan tinggal beberapa bulan lagi. Saya berharap semua urusan dapat dipermudahkan. “Namun saya bersyukur kerana telah membuat persiapan rapi dan kini hanya perlu mengekalkan bentuk badan,” katanya semasa dihubungi Arena Suara Sarawak semalam.

Tambah beliau, perancangan kedua harus ada supaya apabila berlakunya peningkatan kes Covid-19 dan penutupan pusat latihan, beliau masih dapat mengekalkan momentum.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak