PKS dan perniagaan mikro diminta lebih bersiap sedia hadapi SOP lebih ketat

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menggesa Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan juga perniagaan mikro untuk bersiap sedia beroperasi di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya jumlah kes Covid-19 terus meningkat.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pemilik perniagaan sepatutnya sudah membuat persiapan dan pengaturan yang perlu untuk memastikan operasi mereka mematuhi SOP keselamatan.

“Ini juga termasuk kemungkinan menghadapi pusingan ketiga Perintah Kawalan Gerakan (PKP 3.0) di seluruh negara bagi mengekang penyebaran wabak secara drastik.

“Peniaga perlu memastikan premis mereka dilengkapi dengan Kod QR, termometer, pembersih tangan dan juga memastikan pelanggan benar-benar mematuhi SOP keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut berharap PKS dan perniagaan mikro akan mendigitalkan operasi mereka bukan hanya untuk mengatasi kesan PKP tetapi juga untuk memenuhi kelaziman baharu pengguna dalam aktiviti beli-belah dalam talian.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 23 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak