Polis Samarahan kesan tujuh lelaki bantu siasatan kes dadah

KOTA SAMARAHAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan mengesan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, mereka ialah Lukman Nurhakim Jabat, 29, beralamat di No.19, Kampung Sambir, Asajaya – dipercayai masih berada di kawasan Asajaya, Saili Kamri, 44, atau dipanggil Gojeng (No.32, Lorong 31G, Taman Samarindah, Kota Samarahan – dipercayai berada di kawasan Asajaya atau Kuching).

Selain itu Zaidi Kamri, 42, beralamat di No.39, Kpg. Asajaya Tengah, Asajaya dan dipercayai berada di Asajaya atau Tabuan Jaya, Faishal Shalihin, 31, atau dipanggil Burong (Kpg. Tambirat, Asajaya – dipercayai berada di Asajaya), Mohamad Faizal Marsan, 38, atau dipanggil Pay (No.30, Kpg. Tambirat Ulu, Asajaya – dipercayai berada di Asajaya).

Seterusnya ialah Elvin Seman Bantin, 22, (No.5, Kpg. Sebayor, Kota Samarahan – dipercayai berada di Sebayor atau Kuching) dan Emmanuel Nolyn Mangun, No.39 Kpg Merdang Gayam, Kota Samarahan – dipercayai berada di Uni Garden, Samarahan atau Kuching.

Justeru, Sudirman berkata sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan tempat kesemua suspek berada, diminta menyalurkan kepada IPD Kota Samarahan di talian 082-662101 atau hubungi terus ASP Ab Aziz Abdullah (012-8051082), Inspektor Eddie Ridzuan Shahruddin (013-8550216) dan Sjn Abd Rahim Abd Kadir (017-7656221).

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak