RM500,000 naik taraf lima sekolah

SIBU: Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada lima buah sekolah menengah di sini.

Lima sekolah terbabit ialah SMK Tiong Hin, SMK Tung Hua, SMK Chung Cheng, SMK Chung Hua dan SMK Kwong Hua.

Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew berkata, setiap sekolah tersebut masing-masing menerima RM100,000. Menurutnya, pengagihan cek peruntukan tersebut kepada lima sekolah terlibat diadakan pada Rabu lalu.

Katanya, ia menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam membantu membangunkan sekolah-sekolah di negeri ini khususnya di Sibu amnya.

“Lima sekolah menengah tersebut ialah sekolah Cina di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun Kerajaan Sarawak tetap komited untuk membantu meningkatkan kemudahan dan prasarana sekolah di negeri ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mei 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak