Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran

MUKAH: Empat sekeluarga di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka duduki di Kampung Matadeng, Jalan Mukah-Balingian musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.

“Kebakaran menyebabkan rumah dua tingkat terbabit musnah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya kesemua penghuni rumah berkenaan iaitu seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan selamat.

Suara Sarawak