Sambutan Aidilfitri di Sarawak dibenarkan untuk tujuh hari sahaja

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak dibenarkan pada hari pertama hingga hari ketujuh sahaja, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Selain itu, katanya garis panduan (SOP) itu turut menetapkan kehadiran adalah dihadkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

“Garis panduan terperinci boleh didapati di dalam laman rasmi Majlis Islam Sarawak
(http://www.mis.sarawak.gov.my),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara, JPBN turut menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Rh. Naning, Sg Baji, Sarikei memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.

Di samping itu juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, katanya PKPD dilanjutkan bagi Rh. Dinggai, Sg Amut Atas Lubok Pisang, Pakan (6 hingga 19 Mei), Rh. Jawa, Sungai Kerubong Selalang, Sarikei (6 hingga 12 Mei).

Dalam pada itu, PKPD turut dilaksanakan di Rh. Tiut Usit, Sungai Setulan, Jalan Pesisir Kuala Tatau (28 April hingga 11 Mei), Rh. Mujah Atin, Batu 12, Jalan Bintulu-Miri (28 April hingga 11 Mei) dan Rh. Sam Sumbang, Jalan Bintulu-Tatau (29 April hingga 12 Mei).

Selain itu di Rh. Ajah Umkar, Sg Serupai Baru, Tatau (29 April hingga 12 Mei), Kuarters Pekerja Forescom Plywood Sdn Bhd, Bintulu (29 April hingga 12 Mei), Rh. Saran Belang, Nanga Tau, (1 hingga 14 Mei), Rh. Nelson Gima, Kuala Setiam.

Seterusnya di Jalan Pesisir Kuala Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei), Rh. Jungan Mitoh, Sg Mas KM25, Jalan Bintulu-Tatau (2 hingga 15 Mei), Rh. Jembu Ensor, Rantau Sukat Roban, Betong (3 hingga 17 Mei), Kampung Bungey, Debak, Betong (5 hingga 18 Mei) dan Kampung Tanjung, Hulu Saratok (5 hingga 18 Mei).

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak