Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Asajaya, Kota Samarahan

KUCHING: Lagi sebuah rumah musnah terbakar selepas dua hari umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Kebakaran pada jam 2.23 petang tadi berlaku di Kampung Asajaya Ulu, kota Samarahan.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dengan kekuatan tujuh anggota yang diketuai oleh Berjaya Udin serta BBP Kota Samarahan (balai bantuan) bersama-sama lapan anggota diketuai Ahmad Shah bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Pegawai Kanan di lokasi Ranger Moosn kebakaran melibatkan sebuah rumah milik Mat Merdeka Udin jenis tidak kekal yang berkeluasan 40 x 30 kaki persegi musnah sepenuhnya.

“Manakala sebuah lagi rumah jenis kekal yang berada berhampiran terbakar di bahagian atap dan tidak melibatkan struktur rumah.

“Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.25 petang.

Tinggal rangka…Kondisi rumah setelah hangus dijilat api


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak