Sibu cadang tambah dua lagi PPV

SIBU: Dewan Masyarakat Sibu Jaya dan Dewan Suarah Sibu akan di cadang menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini selepas Stadium Tertutup Sibu. Perkara ini dimaklumkan Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee ketika kemas kini perincian kes positif Covid-19 Daerah Sibu.

Beliau menjelaskan, jawatankuasanya akan bermesyuarat dengan Pejabat Residen Sibu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi berkenaan pada Jumaat ini bagi menentukan PPV seterusnya.

“Jumaat ini saya akan bermesyuarat dengan pihak tersebut untuk melihat bagaimana kita dapat mempertingkatkan lagi kapasiti untuk pemberian vaksin ini kepada orang ramai apabila kita mendapat bekalan vaksin yang banyak kelak.

“Saya berharap vaksin ini dapat diagihkan ke kawasan panas Covid-19 dengan cepat di Sarawak. “Kita baharu sahaja mendapat makluman bahawa Sarawak akan membeli vaksinnya sendiri seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak