SOP sambutan Wesak dan Gawai akan disiarkan melalui laman web rasmi UNIFOR esok

KUCHING: Garis Panduan (SOP) bagi sambutan perayaan Hari Wesak dan Hari Gawai telah diluluskan dan akan dikeluarkan secara rasmi pada 21 Mei (Jumaat) ini.

Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) keputusan tersebut akan dikeluarkan secara rasmi oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) melalui laman web rasmi.

“Keputusan rasmi ini akan dikeluarkan esok (Jumaat) melalui laman web rasmi Unifor,” katanya.

Sementara itu, pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut dilakukan di tujuh buah tempat iaitu Rumah Panjang Wun Ering, Sekolah Kebangsaan Bakerkong, Tanjung Manis dan Rh. Gandik, Lui, Sungai Engkabang, Roban, Betong bermula 20 Mei sehingga 2 Jun ini.

Manakala, Rh. Saba, Nunggang, Rh. Rinya, Jagoi Lama dan Rh. Buking, Ulu Kakup, pakan bermula 20 Mei sehingga 5 Jun ini. Kampung Boyan, Kuching pula bermula 21 Mei sehingga 3 Jun depan.

Selain itu, penamatan PKPD telah ditamatkan di 11 buah pada 20 Mei ini. Di Daerah Kanowit ialah Rh Austine Kilat, Nanga Ngungun, Rh Banyoi Ladi, Nangga Sengayan. Manakala, Rh. Dick, Batu 8, jalan Oya, Sibu, Rh Luyoh Nanga Lango, Rh Unjan, Nanga Lango, Julau turut tamat pada tarikh yang sama.

Selain daripada itu, Daerah Bintulu pula di kawasan Kuarters Pekerja Palm Head Holding, Ladang Sebubu, dan Rh Peter Suring, Sg Silas, Jalan Sebauh turut tamat pada 20 Mei (hari ini).

Di Daerah Sarikei pula dua kawasan ditamatkan PKPD iaitu Rh Chan Minggat, Sg Kesa dan Rh Rampai, Sg Anyit, Selangan. Di Pakan pula, PKPD turut ditamatkan di kawasan Rh. Midan, Berasok dan Rh Payau, Emperan, Sg Pinang.

Kampung Bungey, Debak dari Daerah Betong pula ditamatkan pada 21 Mei (Jumaat) ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak