SOP solat sunat Aidilfitri dikeluarkan minggu hadapan

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) akan mengeluarkan garis panduan (SOP) solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, perkara tersebut akan disampaikan kepada semua pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh Sarawak.

“Sehubungan itu, SOP yang akan dikeluarkan nanti juga tidak jauh berbeza daripada yang sedia ada dan hampir sama dengan SOP solat Jumaat.

“Semua masjid dan surau yang berdaftar dengan MIS juga dibenarkan untuk mengadakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Adun Pantai Damai itu berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program penyampaian dana pengurusan Masjid dan Surau untuk kawasan Pantai Damai, di Masjid Darul Hana di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihak pengurusan masjid dan surau perlu memberikan penekanan kepada SOP yang telah ditetapkan ketika menerima jemaah, solat sunat Hari Raya Aidilfitri nanti.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak