SOP terbaru solat fardu dan Jumaat di masjid dan surau seluruh S’wak

Majlis Islam Sarawak (MIS) berkata, solat Jumaat dan solat lima waktu boleh diadakan dengan had mengikut bilangan jemaah dengan mengambil kira penjarakan fizikal satu meter.

Jelasnya, bagi masjid gred khas iaitu Masjid Negeri, solat Jumaat dibenarkan seramai 900 orang manakala bagi gred I (bahagian), solat Jumaat dibenarkan seramai 500 orang sahaja.

“Bagi gred II, III, IV (daerah, daerah kecil dan kariah) serta Surau Berjumaat, solat Jumaat dibenarkan seramai 250 orang.

“Bagi ketiga-tiga gred masjid ini, kebenaran untuk menunaikan solat lima waktu adalah dihadkan tidak melebihi 50 orang tidak termasuk pegawai masjid,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa yang sama, bagi gred surau tanpa Jumaat, solat lima waktu dibenarkan dengan tidak melebihi 40 orang.

Selain itu, MIS mendedahkan bahawa semua aktiviti pengimarahan seperti kelas, ceramah, kuliah dan lain-lain hendaklah ditangguhkan kecuali antara waktu Maghrib hingga azan solat Isyak dan selepas solat Subuh hingga jam 7.30 pagi.

SOP terperinci boleh didapati di dalam laman rasmi MIS (http://www.mis.sarawak.gov.my)


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak