SUFC pertimbang pecat pemain tidak sehaluan dengan pasukan

PIHAK pengurusan Sarawak United FC (SUFC) tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan mana-mana pemain yang tidak sehaluan dengan pasukan, serta gagal menyerlah sepanjang pusingan pertama.

Presiden SUFC, Datuk Posa Majais menegaskan bahawa, ia termasuk pemain import asing yang gagal memberikan sumbangan.

“Kita akan mengambil pemain baharu bagi menggantikan mereka yang diketepikan. “Namun setiap keputusan adalah melalui perbincangan pihak pengurusan dan staf kejurulatihan,” ujar Posa.

Ini bermakna, bintang import dari Brazil, Sandro Da Silva bakal berdepan penyingkiran, jika mengambil kira disiplin dan prestasi.

Bekas pemain Selangor dan Kedah itu, gagal memberikan impak sepanjang pusingan pertama, lebih banyak memanaskan bangku pemain simpanan, ekoran kurang cergas dan cedera.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak