S’wak tambah 323 kes baharu Covid-19, menghampiri angka 40,000 secara keseluruhan

KUCHING: Sarawak mencatatkan 323 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 190 kes atau 58.82 peratus kes dikesan di Daerah Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya berkata, Daerah Kuching merekodkan 59 kes tertinggi manakala Miri merekodkan 45 kes diikuti Sibu (43) dan Bintulu (43).

Katanya, Daerah Selangau merekod 28 kes diikuti Samarahan (25), Kapit (16), Sarikei (13), Serian (11), Mukah (8), Julau (6), Sri Aman (5), Subis (4), Meradong (4), Kanowit (3), Pusa (2), Tanjung Manis (2), Song (2), Tatau (1), Lundu (1), Beluru (1) dan Asajaya (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 39,651 kes,” kata jawatankuasa tersebut.

Menurutnya, daripada 323 kes baharu yang dilaporkan, seramai 59 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala katanya, seramai 239 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Katanya JPBN, sebanyak 207 kes yang dikesan merupakan saringan individu yang mempunyai kontak
kepada kes positif Covid-19 (9 kes bergejala).

“Sebanyak 44 kes merupakan saringan -saringan lain di fasiliti kesihatan (3 kes bergejala)

“Sebanyak 40 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan manakala 32 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada
(7 kes bergejala),” jelasnya.

Dalam pada itu, JPBN memberitahu, sebanyak 491 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Tambahnya, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 32,826 orang atau 82.79 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.

“Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,499 orang.

“Manakala, 327 individu bawah siasatan (PUI) baharu telah dilaporkan dan lima PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata JPBN.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak