S’wak wajar laksanakan semula PKP

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi mengekang peningkatan penularan Covid-19 selepas musim perayaan.

Pensyarah Kanan Akademik Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang Dr. Abang Ismail Abang Julhi berkata, tindakan itu wajar diambil susulan jangkitan wabak di negeri ini turut belum menunjukkan tanda-tanda penurunan.

“Pada pendapat saya, pelaksanaan PKP lebih tepat kerana ia lebih menyeluruh berbanding Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang hanya tertumpu di satu-satu tempat.

“Ini kerana kawalan hanya dilakukan di kawasan PKPD sementara kawasan lain masih dapat berlaku penularan kerana masyarakat masih bebas bergerak.

“Malah PKPD ini turut memerlukan kerajaan mengeluarkan peruntukan yang banyak terutama dari segi penyaluran bantuan makanan,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak, baru-baru ini.

Menurutnya, tiada masalah untuk melaksanakan PKP kerana Sarawak sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikannya tahun lalu. “Sarawak harus mencuba dahulu sekurang-kurangnya 14 hari dan selepas itu kita lihat bagaimana perkembangan dan keberkesanannya.

“Pada hemat saya, pelaksanaan PKP pada waktu ini merupakan penyelesaian terbaik kerana pernah berjaya melakukannya dan terbukti berkesan dalam melandaikan keluk jangkitan Covid-19.

“Tindakan ini penting kerana kita harus mementingkan keselamatan dan kesihatan rakyat,” tambahnya. Tambahnya, Kerajaan Sarawak perlu melihat sejauh mana penularan tersebut kerana menurutnya negeri ini mengalami purata peningkatan trend sehingga pernah mencecah hampir 1,000 jangkitan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak