Tak perlu PRN selagi masih darurat

KUCHING: Tidak timbul hak Sarawak terhakis sekiranya pembubaran Dun Sarawak tidak dapat dilakukan dalam tempoh darurat ini, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Jelasnya, hal ini kerana Sarawak di bawah Kerajaan Persekutuan dan perlu akur dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada konsep negara dalam negara dalam persekutuan, lagipun apabila darurat segala kuasa perlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong lebih-lebih lagi hal PRN,” katanya yang dihubungi, semalam.

Selain itu, Awang Azman berkata, situasi darurat di peringkat nasional juga mengatasi undang-undang pilihan raya di peringkat mana-mana negeri termasuk di Sarawak.

“Maka Sarawak tertakluk kepada pematuhan darurat negara, tidak ada keperluan untuk mengadakan PRN Sarawak selagi darurat masih berlangsung,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mei 2021

Suara Sarawak