Tandas dan medan selera pasar Kota Padawan dinaik taraf

KUCHING: Tandas dan medan selera pasar Kota Padawan, Batu 10 akan berwajah baharu apabila ia siap di naik taraf pada Julai ini.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang berkata, sejumlah RM 44,520 telah diperuntukkan untuk menaik taraf tandas awam dan medan selera pasar tersebut.

Kata Khere, skop kerja naik taraf tandas melibatkan kerja penggantian jubin, penggantian empat set bilik air, pemasangan enam unit tandas gantung, pemasangan enam unit pintu, pemasangan dua set singki membasuh tangan dan penggantian empat unit lampu.

Selain itu, katanya, kipas dinding di medan selera itu juga akan digantikan dengan 13 unit kipas baharu.

“Projek ini diserahkan kepada kontraktor hari ini dan ia akan disiapkan pada 16 Julai nanti,” katanya dalam sidang media ketika mengadakan lawatan ke pasar Kota Padawan, di sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak