Tepati janji temu vaksinasi

MIRI: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dipilih menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca untuk Bahagian Miri yang bermula pada 7 Jun depan.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, ia dipilih selepas perbincangan serta taklimat daripada wakil klinik swasta yang dilantik untuk melakukan pemberian vaksin AstraZeneca.

“IKBN Miri akan dijadikan sebagai PPV yang dikhususkan untuk vaksin AstraZeneca.

“Hanya individu yang mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera sahaja perlu hadir ke PPV IKBN Miri untuk mendapatkan suntikan vaksin mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPV IKBN Miri semalam.

JPBB Miri turut meninjau dua lagi lokasi di bandar raya Miri bagi tujuan untuk meningkatkan keupayaan pengurusan berkaitan dengan Covid-19 di Bahagian Miri.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak