Terbuka Austria, tujuh regu Malaysia ke pusingan kedua

EMPAT beregu lelaki dan tiga beregu wanita negara memulakan langkah kanan pada kejohanan Terbuka Austria apabila masing-masing berjaya melepasi cabaran pusingan pertama pada aksi di Raiffeisen Sportpark di Graz, awal pagi semalam.

Gandingan beregu lelaki Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe mendahului senarai selepas mengatasi pasangan tuan rumah Simon Bailoni-Adi Pratama 21-17, 21-18 untuk mengesahkan slot ke pusingan kedua bertemu wakil Denmark Emil Lauritzen-Mads Vestergaard, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bwfbadminton.com.

Rentak itu diteruskan Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri yang menundukkan pasangan dari Indonesia Ghana Muhammad Al Ilham-Dejan Ferdinansyah dengan keputusan 21-16, 21-18 sekali gus bakal berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Perancis Fabien Delrue-William Villeger. Giliran Justin Hoh-Mohd Fazriq Mohamad Razif pula mencipta sensasi apabila melakar kemenangan mudah 21-14, 21-6 ke atas wakil tuan rumah Luca Froschauer-Michael Schausberger sebelum Chang Yee Jun-Chia Wei Jie menang ke atas gandingan Republik Czech Ondrej Kral-Adam Mendrek 21-15, 21-13.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak