Terjunan emas Pandelela di kejohanan dunia

Pandelela Rinong mencatatkan namanya dalam buku sejarah apabila menjadi atlet Malaysia pertama merangkul pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun di Tokyo, semalam.

Pandelela akhirnya bersinar buat skuad terjun negara apabila meraih pingat emas dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita di kejohanan itu.

Atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan seorang juara dunia sekali gus mengungguli final yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.

Manakala penerjun tuan rumah Matsuri Arai mengumpul 342.00 mata untuk pingat perak dan Caeli Mckay dari Kanada meraih gangsa dengan 338.55 mata.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mei 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak