Tiga daerah masing-masing catat lebih 100 kes dari keseluruhan 663 kes baharu Covid-19

KUCHING: Angka kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 42,283 kes, hari ini apabila sejumlah 663 kes baharu direkodkan di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 320 atau 48.27 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di daerah Sibu, Kuching dan Miri.

“Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Sibu (112), Kuching (105), Miri (103), Belaga (43), Bintulu (37), Serian (29), Betong (29), Selangau (26), Pakan (23), Samarahan (22), Mukah (16), Kapit (15), Tanjung Manis (15), Sarikei (14), Subis (11), Sri Aman (10), Lawas (9), Bau (8), Kanowit (7), Song (6), Pusa (4), Meradong (3), Julau (3), Beluru (3), Tatau (2), Tebedu (2), Asajaya (2) dan satu kes masing-masing di Marudi, Bukit Mabong, Dalat dan Simunjan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, daripada 663 kes baharu yang dilaporkan, seramai 85 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 534 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kes kematian hari ini, JPBN mendedahkan terdapat tiga kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 dilaporkan dan sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 252 orang.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak