Tindakan PKP langkah terbaik

KUCHING: Pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 11 Jun ini dilihat sebagai langkah terbaik bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu Dr Hazland Abang Hipni berkata, hanya dengan pelaksanaan PKP sahaja membolehkan penularan Covid-19 dapat dikekang seperti yang pernah dilakukan pada Mac tahun lalu.

“Trend peningkatan penyakit Covid-19 di setiap bahagian di Sarawak ketika ini sangat membimbangkan dan kini wujud 85 kluster masih aktif melibatkan komuniti, tempat kerja, majlis sosial dan sebagainya.

“Lebih membimbangkan kadar kematian akibat wabak ini berlaku setiap hari dan katil ICU di semua hospital kerajaan penuh.

Sehingga Khamis, hanya satu sahaja daerah berstatus hijau. Manakala 27 daerah berstatus merah, tiga berstatus jingga dan 9 berstatus kuning,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak