Tingkatkan kewaspadaan terhadap empat variasi ‘VOC’, Covid-19

VARIAN Covid-19 yang mencetuskan penularan lebih pantas di India telah diklasifikasikan sebagai Variant of Concern (VOC) di peringkat global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menjelaskan, varian B.1.617 pertama kali dikesan di India pada Oktober tahun lalu, lebih mudah menyebar daripada versi virus asal, dan mungkin mempunyai peningkatan daya tahan terhadap perlindungan vaksin.

Malah data terkini jangkitan Covid-19 di negara berkenaan melepasi angka 24 juta orang dengan mencatatkan purata lebih 300,000 kes baharu setiap hari selama beberapa minggu terakhir.

Jumlah kes aktif di negara itu sekarang adalah 3,516,997 kes, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian pada Isnin lalu.

Selain itu, penemuan varian India telah menambah senarai tiga varian lain Covid-19 yang dikesan di Britain, Brazil dan Afrika Selatan yang kesemuanya diklasifikasikan WHO sebagai VOC.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak