Unimas perketatkan pemantauan pematuhan SOP

KOTA SAMARAHAN: Unimas akan memperketatkan pemantauan di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi memastikan setiap kakitangan universiti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pendaftar Unimas Azlan Ramli menegaskan, setiap kakitangan diwajibkan membuat imbasan hadir ke pejabat menggunakan aplikasi My Sejahtera dan UnimasNow.

Selain itu katanya, PTj diwajibkan menyediakan pengimbas suhu badan, cecair sanitasi tangan, dan membuat penjarakan fizikal di tempat duduk.

“Pada masa ini, kakitangan Unimas bekerja mengikut sistem pergiliran berdasarkan saranan kerajaan yang menetapkan kakitangan perkhidmatan awam bekerja terhad 20 peratus secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Azlan yang juga Ahli Jawatankuasa Covid-19 Unimas menjelaskan, kakitangan yang bekerja dari rumah diwajibkan untuk mengimbas kehadiran mereka menggunakan aplikasi Unimas WeCare.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 26 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak