Utamakan diri, keluarga jangan ambil risiko

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa masyarakat Dayak khususnya Iban yang tinggal di bandar untuk menangguhkan hasrat untuk pulang ke rumah panjang masing-masing pada 1 Jun ini.

Beliau turut merayu orang ramai untuk terus duduk di rumah dan tidak merentas daerah.

“Orang ramai juga disarankan untuk tidak melakukan aktiviti ziarah pada Hari Gawai, sebaliknya menyambut perayaan dengan ahli keluarga yang tinggal sebilik sahaja.

“Jika kita sayangkan keluarga kita, kenapa kita perlu merisikokan diri dan keluarga semata-mata untuk berkumpul sehari dua? “Biarlah kita berkorban buat sementara ini dan menahan rasa sebak tidak dapat berjumpa selama dua tahun berturut turut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Gawai di Rumah Raymond Plen, Sungai Gelam dan Rumah Saging Layang di Sungai Ensaie, Jalan Ulu Sebauh, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak