Varian baru Covid-19 lebih senyap, berbahaya dan cepat merebak

KUCHING: Kemunculan varian baharu amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala, malah ujian saringan Covid-19 juga sering mencatatkan keputusan negatif walaupun ada pesakit berada pada tahap kritikal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, varian itu juga merebak dengan lebih cepat dan dikaitkan dengan kes kematian yang tinggi.

Katanya, kebanyakan pesakit dijangkiti tidak menunjukkan gejala seperti batuk atau demam tetapi hanya sakit sendi, berasa lemah badan, kelesuan dan hilang selera makan.

“Ada sebahagian daripadanya ini tidak menunjukkan gejala awal yang biasa seperti kehilangan deria bau atau deria rasa.

Namun, varian baharu ini cepat merebak terus ke paru-paru.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Mei 2021

Suara Sarawak