Wanita ditahan disyaki bakar kereta milik teman lelakinya

KUCHING: Polis menahan seorang wanita warga China selepas disyaki membakar kereta milik teman lelakinya di Jalan Song Thian Cheok, sekitar jam 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata suspek, 34, ditahan di lokasi kejadian oleh pasukan khas dari Balai Padungan.

Hasil siasatan awal katanya, punca kejadian adalah bermotifkan cemburu.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kebakaran sebuah kereta jenis Proton Exora berjaya di padam oleh pasukan bomba.

Insiden telah menyebabkan kenderaan rosak teruk namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak