1,000 suntikan sehari

SERIAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Siburan dijangka akan memvaksin 1,000 orang sehari sekali gus mempercepat proses vaksinasi dan mencapai imuniti kelompok.

Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil berkata, selain PPV Dewan Masyarakat Siburan, tiga PPV lain turut dibuka di Bahagian Serian iaitu di Tebedu, Tebakang dan Balai Ringin.

Kata Jerip, PPV Dewan Masyarakat Siburan yang di buka semalam mendapat respons yang baik kerana penerima vaksin tidak perlu bergerak jauh untuk menerima vaksin.

Jelasnya, PPV tersebut bukan sahaja memberi vaksin kepada penduduk di sekitar Siburan malah untuk penduduk di Padawan dan Penrissen.

“Orang ramai memberikan respons yang baik. Mereka di kawasan Padawan dan Penrissen boleh datang ke sini kerana mempunyai rangkaian jalan raya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak