11 individu ditangkap sabung ayam

JULAU: Seramai 11 individu ditangkap dan dikompaun kerana menjalankan aktiviti sabung ayam di kebun kelapa sawit Batu 15 Jalan KJD, di sini semalam.

MATI…Ayam sabung yang sudah mati ditemui di lokasi kejadian

Mereka terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita masing-masing warga tempatan berusia lingkungan 36 hingga 72 tahun.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superintendan Andam Sulin

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superintendan Andam Sulin berkata kesemua mereka ditangkap dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Julau, kira-kira jam 3 petang semalam.

“Hasil serbuan turut merampas lima ekor ayam sabung hidup, lima ekor ayam sabung mati, satu unit alat penimbang, satu keratan kotak bertulis angka-angka dan sebilah taji ayam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) (No 3) 2021.

 

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak