13 individu di kompaun langgar SOP PKP

BINTULU: Seramai 13 individu dikenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 apabila didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar bandar Bintulu, semalam(Sabtu).

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili (gambar) berkata kompaun itu dikeluarkan kepada individu berumur antara 18 hingga 47 tahun yang melakukan pelanggaran SOP di tempat berasingan.

Beliau berkata, pasukan-pasukan pemantau dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah digerakkan ke kawasan sekitar bandar Bintulu bagi menjalankan pemantauan pematuhan SOP PKP antara jam 12.01 tengah malam hingga 3 petang.

“Antara kesalahan ditemukan secara berasingan adalah tujuh individu berada di kawasan awam melebihi jam 8.00 malam tanpa alasan munasabah, masing-masing tiga individu tidak memakai pelitup muka dan berkumpul melebihi jumlah yang dibenarkan sekali gus gagal mengamalkan penjarakan sosial, ujarnya.

Tegasnya, pasukan pemantau IPD Bintulu aktif di lapangan memantau aktiviti masyarakat untuk memastikan masyarakat sentiasa mematuhi SOP PKP dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 demi kesejahteraan semua rakyat Bintulu.

Justeru, beliau menyeru orang ramai mengambil rasa tanggungjawab bersama dalam memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak