Enam di kompaun gagal patuhi penjarakan fizikal di tempat awam

KABONG: Melepak dengan tiada penjarakan fizikal, enam individu di kompaun pada hari pertama Op Covid-19 PKP 3.0 di Kampung Sungai Endot, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin memberitahu, kesemua mereka yang berumur antara 16 hingga 33 tahun masing-masing di kompaun RM1,500.

“Lima lelaki dan seorang perempuan terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah peraturan 17(1)PPPPB(LLDKTJ)2021 iaitu gagal memastikan penjarakan fizikal ketika berada di tempat,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, pasukan penguat kuasa IPD Saratok turut mengeluarkan kompaun terhadap seorang lelaki berumur 66 tahun.

Katanya, individu tersebut gagal mematuhi had kapasiti penumpang kenderaan persendirian.

“Subjek yang memandu pacuan empat roda ditahan di Simpang Nyabor kerana membawa penumpang lebih daripada dua orang – kesalahan di bawah peraturan 17(1) PPPPB(LLDKTJ) (NO. 2)2021,” ujarnya.

Beliau mengingatkan orang ramai dan pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak