Isu bekalan air paip berbau bakal selesai segera

KUCHING: Isu air berbau yang berlaku di Daerah Dalat sejak awal bulan ini akan selesai tidak lama lagi, menerusi projek pemasangan dua buah pam baharu di kolam takungan air mentah Sungai Ud yang sedang giat dilaksanakan.

Menteri Utiliti Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata sebuah pam telah siap dipasang pada 11 Jun lalu manakala pemasangan sebuah lagi pam dijangka selesai sepenuhnya dalam bulan ini juga.

“Projek pemasangan pengudaraan (aerator) di Loji Rawatan Air Dalat kini dalam fasa pembinaan dan dijangka siap pada Julai 2021.

“Setelah projek ini nanti siap dijalankan, isu bekalan air terutama isu air berbau akan dapat diatasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Rundi, isu air berbau di Dalat berpunca daripada lebihan kandungan bahan organik di dalam kolam takungan air mentah Sungai Ud yang menyalurkan air mentah ke Loji Rawatan Air Dalat untuk diproses dan dirawat.

Selain itu, beliau berkata ia juga disebabkan ketiadaan fasiliti pengudaraan yang berperanan untuk membantu menyah bau air di loji berkenaan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak